Pertandingan NILAM Peringkat Daerah

...

Literasi Maklumat

Program PSS

Wednesday 23 March 2011

வளர் தமிழ் விழா

SJK(T) KERUH
 KARNIVAL BAHASA TAMIL,
PERINGKAT DAERAH HULU PERAK.

TARIKH                            :  2 April 2011
 MASA                             :  8.00  pagi  hingga  3.00  petang
 TEMPAT                         :  S J K(T) KERUH
 SASARAN MURID        :  42  murid
  
OBJEKTIF            

1.     Mencungkil bakat dan kreativiti murid
2.     Mempertingkatkan  penguasaan Bahasa Tamil
3.     Membina keyakinan diri pelajar.
4.     Menyemai semangat cintakan bahasa ibunda.
5.     Meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Tamil UPSR 2011.

JENIS PERTANDINGAN:

  1. PERTANDINGAN BERCERITA
  2. PERTANDINGAN SYARAHAN
  3. PERTANDINGAN MENGHAFAL THIRUKURAL
  4. PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK
  5. PERTANDINGAN KUIZ
  6. PERTANDINGAN  “PUBLIC SPEAKING”
  7. PERTANDINGAN MENULIS ESEI

JAWATAN KUASA

PENAUNG                   :  EN. VEERAMUTHU  A/L SINNATHAMBY
PENGERUSI               :  EN. ANPARASU A/L KADAMPIAH
SETIAUSAHA             :  PN.MALA A/P THANGAVELU
BENDAHARI               : CIK.LOGARANI A/P KRISHNAN

AHLI JAWATAN KUASA:

URUSETIA & PENDAFTARAN           :   CIK.  H. MONICA
PERSIAPAN DEWAN                          :   EN. G. PUSHPARAJA 
                                                                    CIK. A.  ANURATHA
SIARAYA                                                 :  EN. A.  RAMES
JAMUAN                                                 :  PN. V.SIVAGAMI
                                                                   CIK. B.  VALARMATHI
                                                                  CIK. P. MEENA
PENGACARA MAJLIS                         :  CIK. A.  RAMES
HADIAH                                                  :  CIK. A. ANURATHA
BUKU PROGRAM                                 :  CIK. K.  LOGARANI
SURAT MENYURAT                             :  PN. SERENI BANAU
PERSEMBAHAN MURID                    :  CIK. K.  LOGARANI
PENGURUS  PESERTA                     : CIK.P.  UMA MAGESWARI
PENJAGA MASA                                 :  CIK. P. MEENA
JEMPUTAN                                           :  CIK. P. UMA MAGESWARI
PENGURUS PERTANDINGAN          :  CIK. H. MONICA
1. KUIZ                           :  EN. G. PUSHPARAJA
                                                                 SJK(T)  GRIK
                                                                 SJK(T)  KOTA LIMA
                        2. MENULIS ESEI       :  PN.SERENI BANAU
                                                                SJK(T)  GRIK
                                                                SJK(T)  KOTA LIMA
                       

Tuesday 15 March 2011

Muat Turun Bahan Nilam

Muat Turun

i-Nilam

1. Manual Naik Kelas 2011 v1.0 - Muat Turun

2. Surat Perlaksanaan i-NILAM - Muat Turun

3. Taklimat i-Nilam 2011 - Muat Turun

4. Contoh Surat Lantikan i-NILAM - Muat Turun

5. Proses Muat Naik Data SMM 2011 - Muat Turun

6. Manual Isi Rekod Bacaan Murid 2011 v1.0 - Muat Turun

7. Contoh Jawatan Kuasa Nilam 2011 - Muat Turun

Langkah 10001 (NILAM)

Warga sekolah telah merangka satu program untuk menanam tabiat membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah ini. Program tersebut di panggil Langkah 10001. Program tersebut dijalankan dalam tiga fasa. Fasa satu telah pun berjalan dengan lancar dari 6hb.Mac hingga 12hb.Mac 2011. Tujuan utama program ini adalah untuk menanamkan minat membaca di kalangan para pelajar sekolah ini. Diharapkan para pelajar sekolah ini dapat membaca 10001 satu buku setelah tamatnya tiga fasa yang telah dirancang. Sila lihat video di bawah ini untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.

Friday 11 March 2011

PROGRAM NILAM



Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu adalah melalui amalan membaca sebagai budaya hidup.

Program NILAM

 

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

Matlamat

 

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kangan murid.

Objektif

a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga Elemen Program Nilam

 

i. Rekod Membaca : Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku                                           Rekod membaca NILAM

ii. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.

iii. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku
                            yang dibaca.
. 
Pelaksanaan

Program NILAM mempunyai dua tahap
Tahap I : Jauhari
Tahap II: Rakan Pembaca

Tahap JAUHARI

 

♦ Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
♦ Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah
♦ Menggunakan kemudahan meminjam buku melalui Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain sumber.
♦ Mula dinilai dati Tahun 1 hingga Tahun 6 (Sekolah Rendah) dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Sekolah Menengah.

Tahap RAKAN PEMBACA (RP)

 

♦ Kebolehan murid membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca.
♦ Setelah membaca 100 naskah buku, murid layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
♦ Murid dibimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara.
♦ Buku yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah atau dari sumber lain akan dipinjamkan kepada rakan, anggota keluarga, jiran dan lain-lain.
♦ Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan, bilangan pinjaman, pendengar dan pembaca.
.

Contoh Aktiviti Rakan Pembaca (RP)

 

a. Bercerita
b. Membaca Bersama
c. Bicara Buku
d. Meminjam buku
e. Pidato
f. Ulasan buku
g. dan lain-lain
.
Sistem Ganjaran dan Pengiktirafan

Tahunan

♦ Buku Rekod Kemajuan
♦ Kad Kumulatif

Keseluruhan

Selepas 6 tahun disekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah.
♦ Sijil Berhenti Sekolah
♦ Surat Akuan Sekolah


1. Tahap JAUHARI

 

Sekolah Rendah

Jumlah Bacaan
Pengiktirafan
90 – 179
Gangsa
180 – 269
Perak
270 – 359
Emas
360 ke atas
NILAM

Sekolah Menengah

Jumlah Bacaan
Pengiktirafan
72 - 143
Gangsa
144 - 215
Perak
216 – 287
Emas
288 ke atas
NILAM

 

2. RAKAN PEMBACA (RP)

 

Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan. Contoh anugerah yang diberi adalah seperti berikut:

MARKAH
PENGIKTIRAFAN
100 - 199
Gangsa
200 - 299
Perak
300 - 399
Emas
400 ke atas
NILAM

 

Masa Yang Disarankan Program NILAM

 

♦ Dimasukkan ke dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
♦ Masa Khas - SEMAI (Sepuluh minit Asas Ilmu)
♦ Waktu untuk aktiviti Pusat Sumber Sekolah.
♦ Menggunakan waktu pengajaran bahasa di kelas pemulihan.
♦ Menggunakan waktu senggang untuk membaca.
♦ Dalam pelbagai aktiviti membaca.

Cadangan Aktiviti Program NILAM

 

♦ SEMAI
♦ Program IQRA
♦ Membaca Bersama
♦ Ceramah Buku (Book Talk)
♦ Khemah Membaca
♦ Bacalah Sayang
♦ Kuiz Pengetahuan
♦ Pertandingan Bercerita
♦ Radio Sekolah
♦ Pameran Buku
♦ Pidato
♦ Akhbar Dalam Darjah
♦ Reading Is Fun
♦ Klinik Membaca
♦ Buku Skrap
♦ Membaca Waktu Senggang

DEFINASI PUSAT SUMBER SEKOLAH
       Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ;
       Pusat sumber  sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta  koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
       Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
 

KONSEP

        Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan:
        Satu Tempat:
        Koleksi:
        Perkhidmatan:
        Agen Perubahan:

OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH


Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah
Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya meraka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah   tradisional sahaja.
Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan   penggunaan maklumat secara sistematik.
Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan   dan bahan pengajaran - pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang   berbeza di kalangan    pelajar - pelajar
Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses   pembelajaran.
 FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH 
1.Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan    kokurikulum.
2.Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu   atau kimpulan dalam proses pembelajaran.
3.Merupakan tempat bahan pengajaran - pembelajaran dapat dipilih dan dinilai   untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
4.Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain untuk   kegunaan dalam kelas atau di rumah.
5.Memberi panduan mencari,mengguna,menghasil dan mempersembahkan   maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
6.Menggalakan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
7.Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
8.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan   semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
9.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan   semasa dan.perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
10.Menyediakan alatan rerografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan bagi   memudahkan proses pembelajaran.
 CIRI - CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN.
Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi,   tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah.
Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.
Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang   tahun.
Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat   bahan , alatan dan maklumat.
Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.
Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran -   pembelajaran
Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu   kurikulum.