Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu adalah melalui amalan membaca sebagai budaya hidup.
Program NILAM
NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.
Matlamat
Membina tabiat membaca yang berkekalan di kangan murid.
Objektif
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen Program Nilam
i. Rekod Membaca : Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod membaca NILAM
ii. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
iii. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku
yang dibaca.
.
Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap
Tahap I : Jauhari
Tahap II: Rakan Pembaca
Tahap JAUHARI
♦ Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
♦ Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah
♦ Menggunakan kemudahan meminjam buku melalui Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain sumber.
♦ Mula dinilai dati Tahun 1 hingga Tahun 6 (Sekolah Rendah) dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Sekolah Menengah.
Tahap RAKAN PEMBACA (RP)
♦ Kebolehan murid membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca.
♦ Setelah membaca 100 naskah buku, murid layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
♦ Murid dibimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara.
♦ Buku yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah atau dari sumber lain akan dipinjamkan kepada rakan, anggota keluarga, jiran dan lain-lain.
♦ Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan, bilangan pinjaman, pendengar dan pembaca.
.
Contoh Aktiviti Rakan Pembaca (RP)
a. Bercerita
b. Membaca Bersama
c. Bicara Buku
d. Meminjam buku
e. Pidato
f. Ulasan buku
g. dan lain-lain
.
Sistem Ganjaran dan Pengiktirafan
Tahunan
♦ Buku Rekod Kemajuan
♦ Kad Kumulatif
Keseluruhan
Selepas 6 tahun disekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah.
♦ Sijil Berhenti Sekolah
♦ Surat Akuan Sekolah
1. Tahap JAUHARI
Sekolah Rendah
Jumlah Bacaan | Pengiktirafan |
90 – 179 | Gangsa |
180 – 269 | Perak |
270 – 359 | Emas |
360 ke atas | NILAM |
Sekolah Menengah
Jumlah Bacaan | Pengiktirafan |
72 - 143 | Gangsa |
144 - 215 | Perak |
216 – 287 | Emas |
288 ke atas | NILAM |
2. RAKAN PEMBACA (RP)
Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan. Contoh anugerah yang diberi adalah seperti berikut:
MARKAH | PENGIKTIRAFAN |
100 - 199 | Gangsa |
200 - 299 | Perak |
300 - 399 | Emas |
400 ke atas | NILAM |
Masa Yang Disarankan Program NILAM
♦ Dimasukkan ke dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
♦ Masa Khas - SEMAI (Sepuluh minit Asas Ilmu)
♦ Waktu untuk aktiviti Pusat Sumber Sekolah.
♦ Menggunakan waktu pengajaran bahasa di kelas pemulihan.
♦ Menggunakan waktu senggang untuk membaca.
♦ Dalam pelbagai aktiviti membaca.
Cadangan Aktiviti Program NILAM
♦ SEMAI
♦ Program IQRA
♦ Membaca Bersama
♦ Ceramah Buku (Book Talk)
♦ Khemah Membaca
♦ Bacalah Sayang
♦ Kuiz Pengetahuan
♦ Pertandingan Bercerita
♦ Radio Sekolah
♦ Pameran Buku
♦ Pidato
♦ Akhbar Dalam Darjah
♦ Reading Is Fun
♦ Klinik Membaca
♦ Buku Skrap
♦ Membaca Waktu Senggang
No comments:
Post a Comment